Ahad, 6 Julai 2014

Sambutan Peringatan Hari Anti Dadah Antarabangsa 2014 Peringkat Negeri Pahang

Sambutan Peringatan Hari Anti Dadah Antarabangsa bertujuan untuk memperingatkan masyarakat Malaysia akan peranan dan tangungjawab kita berhadapan dengan ancaman bahaya dadah terhadap keamanan, kesejahteraan dan keselamatan sosio politik serta ekonomi Negara kita.

Objektif program Sambutan Peringatan HADA adalah untuk menimbulkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat terutamanya kepada golongan remaja dan belia mengenai kesan dadah terhadap kesihatan dan kesejahteraan dan menggerakkan SKUAD 1Malaysia dan ahli komuniti dalam memerangi masalah dadah dalam komuniti mereka. Ia juga bertujuan untuk menyampaikan maklumat mengenai perkhidmatan terkini kerajaan dalam bidang rawatan dan pemulihan penagihan dadah. Tema yang digunakan adalah "1Malaysia Benteras Dadah".

Pada 26 Jun 2014, bertempat di Dewan Besar SMKA TAHAP, Jerantut, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) telah menganjurkan Sambutan Peringatan Hari Anti Dadah Antarabangsa (HADA) Peringkat Negeri Pahang 2013.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Raauf bin Haji Jali, Ketua Sektor Pengurusan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Pahang. Pegawai-pegawai Pendidikan Daerah Negeri Pahang turut hadir bagi memeriahkan majlis ini. Di samping itu wakil-wakil dari setiap daerah yang menerima beberapa anugerah sempena majlis tersebut juga turut hadir.

JPNP juga telah menjemput beberapa jabatan kerajaan untuk turut serta mengadakan pameran seperti AADK, PDRM, Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, dan lain-lain lagi.

0 comments: