Tarikh iklan bermula 18 Disember 2015 sehingga 21 Mac 2016 (di peringkat Ketua Jabatan negeri/bahagian masing-masing) dan perakuan perlu diterima di peringkat BPSM selewat-lewatnya pada 21 Mac 2016. Mana-mana perakuan yang diterima selepas tarikh tutup di peringkat urusetia di BPSM tidak akan dipertimbangkan dan Ketua Jabatan bertanggungjawab di atas sebarang kelewatan yang dikemukakan selepas tarikh tutup.
Urusan ini terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29 hingga Gred DG38 yang telah memperolehi ijazah semasa dalam perkhidmatan sebelum atau pada 31 Disember 2015.







0 comments:
Catat Ulasan