Ahad, 6 Julai 2014

SEDEKAH DAN WAKAF : Tabung DeSMA Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut

Jawatankuasa Pusat Islam PPD Jerantut yang menguruskan pembinaan Dewan Muhammad Sultan Al-Fateh (DeSMA) hasil daripada sumbangan, derma dan wakaf warga pendidik daerah Jerantut dan orang awam. Pembinaan DeSMA telah hampir 70% siap. Namun kerja-kerja pembinaan dihentikan buat sementara waktu kerana kos pembinaannya masih tidak mencukupi.

Bagi meneruskan pembinaannya sehingga siap, Tabung DeSMA telah ditubuhkan oleh Jawatankuasa Pusat Islam untuk mengumpul sumbangan sedekah dan wakaf yang akan digunakan untuk membiayai pembinaan DeSMA. Warga pendidikan diharap dapat memberikan sumbangan sedekah/wakaf. Segala 'infak' yang disalur diiringkan dengan doa semoga diberi keberkatan hidup dunia dan akhirat.

Sumbangan akan diuruskan oleh Ketua Jabatan (Pengetua dan Guru Besar) melalui Tabung DeSMA yang disediakan dikaunter pelanggan premis masing-masing. Sumbangan juga boleh diserahkan kepada Bendahari Jawatankuasa usat Islam iaitu Ustas Abd Wahab bin Uda dan Ustaz Ahmad Samsol bin Ismail.

0 comments: