Sabtu, 5 Julai 2014

SAMBUTAN HARI GURU DAERAH JERANTUT 2014





JERANTUT 25 Jun - Meskipun sudah bersara sebagai seorang pendidik, namun dedikasi untuk terus menyumbang dalam bidang pendidikan membuatkan Dr. Hairuddin Mohd. Ali, 62, dipilih sebagai Tokoh Guru peringkat daerah di sini kelmarin.

Turut menerima Anugerah Tokoh Pendidik Veteran Jerantut iaitu bekas guru besar yang juga penggiat masyarakat, Encik Mokhtar bin Dilu, 80.

Ahmad Nazlan Idris (kiri) menyampaikan
sijil penghargaan dan cenderamata kepada
Hairuddin Mohd. Ali dalam majlis sambutan
Hari Guru Peringkat Daerah Jerantut
Hadiah kepada kedua-dua tokoh berkenaan disampaikan oleh Ahli Parlimen Jerantut, YB. Ahmad Nazlan Idris sempena sambutan Hari Guru peringkat daerah yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tengku Ampuan Hajah Afzan di sini.

Hairuddin dan Mokhtar masing-masing menerima cenderamata, sijil penghargaan dan replika cek bernilai RM5,000 yang disumbangkan oleh Bank Rakyat cawangan Jerantut. 

Ketika ditemui Hairuddin berkata, anugerah itu merupakan satu penghargaan tertinggi dalam kerjayanya sebagai pendidik selama 36 tahun di beberapa buah sekolah di daerah ini. 

"Anugerah itu menguatkan iltizam saya untuk terus menabur bakti dalam dunia pendidikan peringkat tertinggi khususnya bidang pengurusan dan kepimpinan sekolah termasuk sekolah kluster," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd

0 comments: